Teringat emak pesan beberapa waktu dahulu:
"Kalau dia setia, dia akan sanggup tunggu walau apa yang jadi".
Kata-kata itu membuatkan saya ingat, bahawa seorang lelaki yang setia tidak akan merubah keputusannya setelah perjanjian dibina, hanya kerana bertemu dengan perempuan yang lebih cantik, baik, pandai atau sebagainya. Begitu juga sebaliknya. Melainkan jika benar sikap lelaki/perempuan tersebut menyebabkan satu pihak lagi jauh dari agama, ataupun bakal meruntuhkan rumahtangga sendiri kelak.
Tetapi itulah takdir, Allah hendak beri yang lebih baik maka diberikan kita rasa kecewa.
Allah hendak tunjuk siapa si dia sebelum kita meneruskan keputusan untuk hidup bersama si dia.
Dan ketika emak pesan begitu, hanya airmata yang sekian lama ditahan mengalir di depan emak.
Usai masak, emak bertanya berkenaan soal peribadi, dan saya cuba menyembunyikan kekalutan jiwa menahan rasa.
Ibu mana yang tidah tahu, bila hati anaknya sedang gundah.
Ibu mana yang tidak merasa jika anak nyata sedang bersedih.
Dan itulah emak. Hatinya yang betapa saya menyembunyikan apa-apa yang boleh mengundang kerisauannya, pasti dapat ditebak oleh emak.
Hingga sekarang, saya selalu teringat kata-kata emak.
Bila emak tidak izinkan, pastinya bersebab.
Dan saya, mungkin kerana tidak mahu menambah permasalahan hanya mengikut sahaja.
Dalam hati, Allah sahaja yang Tahu.
Kita mahu tapi emak tidak restu.
Kita mahu tapi emak minta tangguh dahulu.
Kita mahu tapi emak tidak izin.
Untuk itu semua,
saya percaya, apabila kita mendengar dan patuh dengan apa yang ibuayah kita katakan, insyaAllah ada kebaikan yang akan menyusul kelak.
iaitu keberkatan di dalam kehidupan.
Semua perkara dirasakan tenang, kerana tiada hati orang yang kita kasihi digurisi. Tidak ada luka di hati emakayah.
Ketika ini, saya sentiasa teringatkan emak yang sendiri di kampung. Setelah ayah meninggal, emak nampak sedih, sunyi. Lumrah yang datang akan pergi, yang sendiri akan berdua, dan yang berdua akan sendiri.
Tidak sampai hati untuk meninggalkan emak, tetapi ada urusan yang perlu diselesaikan.
Moga Allah jaga emak di kampung. Ameen
No comments:
Post a Comment