Pages

Saturday, September 26, 2009

Tempat Kecintaan

Saya gemarkan kata-kata ini, kata-kata indah lakaran dari imam al-Ghazali mengingatkan diri tentang kecintaan yang sebenarnya, kecintaan yang akan setia menemani kita selepas kematian. Saya kongsikan bersama di sini untuk muhasabah bersama:

Pertama telah kupandang makhluk yang banyak ini. Maka aku saksikanlah bahawa tiap-tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat.

Sebahagian daripada kekasihnya itu hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut dan sebahagian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur. Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkan ia terbaring seorang diri.

Tak seorang jua pun yang turut masuk ke kubur dan menghiburnya didalamnya. Yang demikian tak kudapati selain amal yang soleh. Sebab itu maka kuambil ia menjadi kekasihku, supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri.


IMAM AL-GHAZALI

No comments:

Post a Comment