Apa yang kulakar
Dengan pena ketulusan
Dan apa yang kutulis
Dengan simfoni kehidupan
Usahlah diterjemah
Untuk apa
Dan untuk siapa
Kerna apa
Dan untuk bagaimana
Biarlah ianya hanya terlakar
Sebagai hiasan
Di sebalik sebuah nukilan
Yang lahir dari sebuah hati
Yang terluah pada sebuah bingkisan
Dan yang berakhir dengan sebuah noktah
Biarkanlah ia
Kerna ia akan selalu memaknakan
Juga menzahirkan
Bahawa pelakarnya
Hanyalah insan biasa
Punyai hati nurani
bernafas hamba
Al-misk uiam
Dengan pena ketulusan
Dan apa yang kutulis
Dengan simfoni kehidupan
Usahlah diterjemah
Untuk apa
Dan untuk siapa
Kerna apa
Dan untuk bagaimana
Biarlah ianya hanya terlakar
Sebagai hiasan
Di sebalik sebuah nukilan
Yang lahir dari sebuah hati
Yang terluah pada sebuah bingkisan
Dan yang berakhir dengan sebuah noktah
Biarkanlah ia
Kerna ia akan selalu memaknakan
Juga menzahirkan
Bahawa pelakarnya
Hanyalah insan biasa
Punyai hati nurani
bernafas hamba
Al-misk uiam
No comments:
Post a Comment