MENITI JALAN PERSAUDARAAN
Bingkisan: Akhawat
Tiada kata indah seindah kata ukhuwwah
Dalam sebuah jalinan persaudaraan Islam
Jalinan yang abadi di sisi Tuhan
Berawal dari sebuah perkenalan
Semai, tumbuh, mekar, berbatang serta berdahan
Berhiaskan ranting dan rerimbun dedaunan
Berbuahkan cinta suci kerana Tuhan
Damai kalbu, sejuk terasa indah dipandang
Rasulullah s.a.w mengajarkan tentang erti kata cinta
Yang harus diungkapkan pada sahabat atau saudara
Dengan kata-kata indah yang terungkap dari lisan
Seindah yang terpendam di dalam kalbu
Allah kuatkanlah serta eratkanlah
Agar cinta berbuahkan payung-payung perlindungan
Di hari kiamat, di hari tiada
Naungan kecuali dengan izin-Mu
Kunantikan janji-Mu... Ku berharap pada-Mu
Kuberada di antara tujuh golongan yang kau lindungi
Tempatkanlah diriku.. dudukkanlah diriku...
Di atas mimbar yang terbuat dari cahayaMu

Sebuah bingkisan yang tercoret di atas sehelai kertas ini melembutkan sanubari saya. Terharu membacanya. Punyakah saya ukhuwwah sebegini. InsyaAllah ianya ada. Dan semoga ia menjanjikan sebuah naungan yang tiada naungan selain daripada naungan Allah ketika itu.
Rasulullah s.a.w bersabda: Tujuh golongan yang dilindungi Allah di bawah naungannya pada hari ketika tiada naungan melainkan naungan-Nya ialah pemerintah yang adil, pemuda yang beribadah kepada Tuhannya, lelaki yang hatinya terikat dengan masjid, dua orang lelaki yang saling mengasihi bertemu dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang digoda oleh wanita yang kaya dan cantik lalu berkata: sesungguhnya aku takutkan Allah, lelaki yang bersedeqah secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan seorang lelaki yang bersendirian mengingati Allah lalu mengalir airmatanya”- (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dua saudara yang saling mengasihi kerana Allah adalah di antara tujuh golongan yang dijanjikan naungan Allah pada hari ketika matahari hanya sejengkal dari kepala kita. Allahu akbar, panasnya dunia ketika ini sudah membayangkan begitu dahsyatnya hari pengadilan nanti. Semoga setiap ukhuwwah yang terikat dibina dengan asas kecintaan dan mahabbah kerana Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment