Pages

Sunday, November 11, 2012

Perjalanan Thesis: Alhamdulillah

Perjalanan sarjana sudah sampai ke hujungnya, tetapi hujungnya hanya sebuah transit sebelum memulakan perjalanan seterusnya di medan ilmu.

Melihat sahabat-sahabat yang seorang demi seorang menamatkan zaman bujang, sama ada yg masih belajar atau sudah bekerja, hati menggerakkan syukur. Positifkan diri bahawa setiap orang sudah Allah tentukan bahagiannya.

Dan bahagian aku adalah ini. Mungkin mujahadah aku ketika ini adalah di medan ilmu, bukan di medan pernikahan seperti sahabat-sahabat yang lain. Untuk kisah pedih yang lalu, hanya mampu lipat dan mendoakan yang terbaik.

Selepas raya aidhiladha, thesis saya sudah siap untuk diambil. Melihat kulit thesis yang keras, dan tulisan emas di luarannya, saya bersyukur. Lantas saya teringat akan sebuah hadith riwayat at-tirmidzhi:

من لم يشكر الناس لم يشكر الله
Barangsiapa tidak berterima kasih kepada manusia, maka dia tidak berterima kasih kepada Allah

Dan saya nyata teringin mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan, semangat, kata-kata peransang, doa, dan segala-galanya dari anda semua. Yang membaca dan yang tidak membaca. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Sungguh, terlalu banyak liku-liku sepanjang perjalanan master ini, terutama setelah proposal diluluskan dan bermulalah marhalah menulis thesis. Menangis yang entah berapa banyak kali. Dalam masa yang sama, diuji dengan ujian perasaan. Entah yang mana satu hendak difikir hingga terduduk menangis di depan Allah. Saya akui akhirnya tak mampu untuk menahan ribut yang melanda sendiri.

Mujur Allah beri kekuatan. Doa ibu yang tidak pernah putus dan nasihat beliau yang saya selalu sematkan di jiwa. Kini saya hanya ada seorang ibu. Kerana doa ayah sudah tiada lagi.

Seorang ibu yang sedang mendengar anak perempuannya ini menangis di hujung talian kerana tidak mampu untuk menyimpan rasa hati terus berkata: "mudah2an Allah akan ganti dengan yang lebih baik."

Airmata terus mengalir laju. Tak terungkap ketenangan dijiwa mendengar doa itu dari bibir seorang ibu. Ya, yang terbaik itu akan datang dalam bentuk yang pelbagai.

Mungkin putusnya hati dari manusia, akan menghubungkan cinta dengan Tuhan. Malah lebih utuh dan kukuh. Dan mungkin, inilah yang terbaik untuk harapan yang telah lama tersimpan erat di lipatan doa, untuk menyambung pengajian ke bumi Syam.

Aku ingin kembara
Bukan untuk melarikan diri
Tetapi untuk mencari diri

Sedang berusaha membertulkan niat. Mohon doakan dipermudahkan segalanya. Dan kini hanya berusaha, dan selebihnya serahkan kepada Allah. Kerana hanya dengan penyerahan sepenuhnyalah yang akan membuatkan jiwa tenang.

Moga Allah redha

Thesis selepas siap 'hard cover binding', tajuknya: 

صور القسم في القرآن الكريم: دراسة موضوعية
Bentuk-bentuk Sumpah di dalam al-Quran: Kajian Maudhu'i

الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات
Terima kasih;
Emak dan almarhum ayah
Along, angah, kak lily, abang amin, kak siti dan zaidi. 

Dr Sofiah Samsudin (Supervisor)
Dr Layeth Suud Jassim (Examiner)
Dr Shah Jani (Head of Department QS)
Prof Dr Mahmood Zuhdi (Dean KIRKHS)

Guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang banyak memberi taujihat.. 

Sahabat2 seperjuangan dunia akhirat;
Hawa, Amni, Sham Irzatul, Nurul Aznira, Suraya, huda, Syidah dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak. sesungguhnya doa kalian sangat membantu memudahkan urusan saya. 

Jazakumullahu khayr al jaza'. 

No comments:

Post a Comment