Pages

Saturday, June 30, 2012

Cinta Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam kepada Aishah RA

Bismillahirrahmanirrahim


Ada sesuatu yang hendak saya kongsikan selepas melihat satu pengisian oleh Dahlia Mogahed berkaitan dengan bagaimana Rasululullah Sallallahu a'laihi wa sallam berhadapan dengan isterinya, Sayyidatina A'ishah Radiyallahu a'nha ketika peristiwa 'hadithatul ifk' (peristiwa tersebarnya fitnah zina terhadap Aishah Radiyallahu a'nha oleh golongan yang memusuhi Baginda).


Rasulullah punyai banyak sahabat, tetapi tidak kurang juga ramai yang memusuhi Baginda. Hatta dalam soal rumahtangga Baginda juga dilanda fitnah yang besar. 


Apabila Rasulullah Sallallahu a'laihi wa sallam mendengar berita fitnah tersebut, Baginda pulang bertemu Aishah Radiyallahu anha dan berkata: "Sekiranya berita itu benar, maka bertaubatlah kepada Allah dan minta ampun kepada-Nya. Sekiranya ia tidak benar, maka Allah akan menurunkan wahyu-Nya bagi membersih kamu".


Kita lihat bagaimana Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam begitu mengambil berat dan bersikap baik dengan Aishah. Secara biasanya, apabila seorang suami mendengar berita yang bukan-bukan berkenaan isterinya, pasti dia akan marah dan akan berkata: "aku ceraikan kau", "Bagaimana kamu boleh lakukan semua ini?". 


Tetapi Rasulullah Sallallahu a'laihi wa sallam tidak begitu.  Rasulullah Sallallahu a'laihi wa sallam tidak fokus kepada diri Baginda yang baik, soleh dan menjaga akhlak tetapi Rasulullah Sallallahu a'laihi wa sallam fokus kepada diri Aisyah Radiyallahu anha, fokus kepada agamanya, bagaimana ibadahnya kepada Allah SWT. 


SubhanAllah. Beginilah suri teladan kita, kekasih Allah SWT. 



No comments:

Post a Comment