Tiada rezeki untuk lihat sahabat ini bernikah, apapun alhamdulillah. Yang penting semuanya sudah selamat.
Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan pergi dan pulang.
Sesuatu yang saya perasan, ada riak bahagia yang tersangat di wajah sahabat ini. Keluar sahaja dari kereta, kami berempat bertemu dengannya yang juga baru keluar dari kereta setelah usai akad nikah. Tak disangka-sangka selepas bersalam dengannya, dipeluknya saya erat. Terkejut sedikit :) Dan sahabat-sahabat lain juga begitu. MasyaAllah, bahagia sangat amni. (Rasa macam nak menangis, terharu.. ) :)
Bukan mudah untuk melewati tempoh diuji dengan ikatan yang masih belum dihalalkan. Tetapi dengan kesabaran menjaga hak Allah dalam tempoh itu, Allah ganti dengan sebuah rasa bahagia dan keberkatan yang bertambah-tambah.
Saya percaya itu.
Jika kita jaga hak Allah, Allah akan jaga hak kita.
Kita kena percaya ^^
..........................
Hanya ada beberapa gambar untuk diabadikan di sini. Sekadarnya. Harap tuannya mengizinkan :)
Pengantin Baru
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير
^______^
Kami dengan pengantin :)
Sahabat...
Terima kasih untuk kenangan
Mungkin juga ini yang terakhir
Sebelum ada yang diikat dengan sebuah komitmen lain
Yang pasti
InsyaAllah ukhuwwah kita sampai ke syurga
biiznillah :)
syahdu bangat..
ReplyDeletesyida: semoga allah temukan wardah lelaki yg soleh nanti..insha allah dipermudahkan sahabtku..:-)
ReplyDeleteAllahumma ameen..
ReplyDeletesebenarnya hanya percaya dan yakinlah yang akan mengubat segala2nya.. Allah nak beri yang lain dulu, ataupun sbb 'orang' tu tgh persiapkan dirinya, sbb tu belum datang lg(ayat sedap hati).. ^^ terima kasih utk doa shida :)