Pages

Friday, February 19, 2010

RINDU

Sudah berminggu-minggu tidak mengisi laman ini dengan sebarang tulisan.. Alhamdulillah, masih diberi waktu untuk menghabiskan sisa-sisa perjalanan. Sebagai adik, kakak, sahabat atau teman.. soalan merupakan sebahagian perencah hidup. Ia menyedapkan, melengkapkan dan menyempurnakan rasa dalam kehidupan. Hargailah setiap yang sudi bertanya kerana dari situlah kita belajar memikir, menilai dan membuat keputusan dalam kehidupan.


"Kenapa Allah bagi kita rasa rindu? "~
soalan oleh seorang adik yang saya kasihi kerana Allah..

Saya tak dapat menjawabnya kerana jawapan yang termudah untuk diluncurkan adalah kerana ia fitrah. Fitrah itu lahir tanpa dipaksa, HADIAH dari Allah s.w.t. tanda kasih-Nya. Tanda sayang-Nya. Kasih-sayang-Nya yang tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata. Kita tidak boleh samakan kasih-sayang Allah kepada kita sepertimana kasih-sayang kita kepada insan-insan yang kita sayangi.

Berbetulan, saya melayari sebuah blog milik zaujah ustaz Zaharuddin tentang ‘Di sebaliK kerinduan’. Saya merangkap dan membaca, lalu melagukan di dalam hati sendiri bait-bait lirik nasyid hijjaz . ia cukup menggenangkan kolam mata. Setitik jernih air bertakung. Sebak entah kenapa. Terima ksih kepada yang mula mengajukan sebuah pertanyaan tentang rindu, semoga Allah mengurniakan kita dengan rindu-rindu yang dipandu-Nya menuju redha Ilahi.. insyaAllah

Saya nukilkan kembali lirik-lirik tersebut agar berbuah kembali rindu hakiki ini..

RINDU
MUNSYID: HIJJAZ

Rindu itu adalah anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian , rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan dan juga kebahagiaan

Orang-orang bertaqwa rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan anak-anak yang soleh
Isteri-isteri yang Solehah keluarga bahagia

Para pencinta kebenaran rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya kalimah di muka bumi
Dan dalam merindukan keampunan Tuhannya

Dan seluruh umat itu merindukan cahaya

Yang menyinari kehidupan
Rindu kepada Tuhan..


al-misk
uiam

No comments:

Post a Comment