Pages

Saturday, February 9, 2013

Habuan



Bismillah

Hamdan Lillah
Setelah beberapa lama membiarkan ruang ini kosong, maka hari ini tangan ringan menulis sesuatu. Menulis tentang sembang-sembang dengan emak.

Sedang memasak, saya lekas memberitahu sesuatu,
"Mak, saya tengah mohon universiti. Doakan dapat ye"

Mak terkejut. Sebab apa?
Sebab ingatkan saya mohon kerja di universiti, sedangkan sekarang sedang mengajar di sekolah.

Saya ulang menyebutnya di hadapan emak. Emak tersengih sahaja.
kemudian emak kata;

"InsyaAllah, mudah-mudahan dapat apa yang terbaik. Mudah-mudahan dapat manfaat, makbapaknya pun dapat manfaat. Dapat habuan. Habuan bukan dunia je. Kalau habuan dunia boleh minta-minta. Tapi habuan akhirat. Nanti kat akhirat tak boleh nak minta kat siapa-siapa lagi. Hanya anak solehah yang dapat bantu makayahnya".

Saya terdiam mengangguk-angguk sambil bibir mengucapkan ameen dan insyaAllah.

Sungguh saya bukan solehah, sedang berusaha menjadi yang lebih baik dari har-hari yang berlalu. Dan mungkin saya memilih untuk sendiri ketika ini adalah untuk mengisi ruang masa ini dengan perkara yang baik, menggantikan masa yang telah terbazir ketika terjatuh ke lembah jahiliyyah suatu ketika lalu.

Saya teringat-ingat apa yang emak katakan, bahawa jika di dunia ini kita kurang harta, kita boleh minta. Tapi jika di akhirat, amalan kita kurang. Yang kita harapkan adalah doa anak-anak yang soleh dan solehah.

Ya Allah, kasihi ibu dan ayahku.. Aku menjadi saksi, mereka berdua telah mendidik dan membesarkanku dengan agama-Mu. Kasihanilah mereka dan lindungi mereka dari azab-Mu di alam sana.. ameen ya Allah


No comments:

Post a Comment