Untuk melewati badai kita harus terus berjalan, bukannya berhenti.. Dan untuk terus berjalan hanya ada dua hal yang harus kita terus bawa: Keyakinan dan Cinta..
Wednesday, October 17, 2012
Kerana Aku Yang Bersalah
Kadang-kadang airmata sendiri luruh
Kerana apabila hati lemah kerana diuji sebuah kehilangan
Aku tidak mampu yakin dan sedar
Akan kehadiran manusia-manusia lain yang menyayangi aku
Aku tak mampu untuk terus berdiri teguh dengan keyakinan
Bahawa apa yang Allah sedang ambil ketika ini
Adalah hak Allah
Bahawa apa yang Allah luputkan dari aku
Akan Allah ganti dengan yang lebih baik
Kadang-kadang langkah kaki ini patah
Bukan kerana halangan di hadapan
Tetapi kerana patahnya juga sebuah keyakinan
Bahawa Allah sedang ambil kita kembali dari daerah yang melalaikan
Aku terlupa akan itu
Mungkin kesilapan itu bukan pada dia yang menyakiti hati ini
Tetapi adalah kelemahan aku sendiri
Yang tidak membina benteng yang kuat untuk menahan ribut ujian
Ya Ilahi
Ampuni aku
Ampunilah hamba-Mu
Bantu aku ke daerah sana
Daerah yang Engkau cinta
Dan membuat jiwa aku tenang dengan rahmat-Mu
ameen ya Rabb
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment