Pages

Thursday, October 11, 2012

Bawa Bahagia

"Rumahtangga itu bukan semata-mata cinta, tetapi acceptance (penerimaan)"

SubhanaAllah. kata-kata ustazah Isfadiah, pensyarah di matrikulasi UIAM itu menekan jiwa saya. Dikukuhkan dengan kisah permulaan rumahtangganya yang tiada 'perasaan' lantaran itu adalah pilihan ibuayahnya. Sedangkan yang dia pilih, perlu dijauhkan dan diputuskan lerai dari hidupnya.

Ada manusia berkata: "Bagaimana hendak berkahwin jika tiada cinta. Mahukah berpisah dan bercerai selepas berlaku pernikahan?".

Allah.. Ketika perkara sebegini hinggap di dalam jiwa saya, saya lalu berfikir adakah berkahwin itu disandarkan atas dasar cinta? Adakah cinta semata-mata boleh menjamin kerukunan rumahtangga?

Ya, tidak dapat dinafikan, membina rumahtangga tanpa cinta ibarat tanaman yang ditanam tetapi tidak disirami air. Tetapi, bukankah air itu boleh dicari. Tanaman itu boleh dibaja. Begitu juga rumahtangga yang dbina atas dasar 'pilihan ibubapa'.

Saya tertarik kepada satu pengisian oleh ustaz Ubaidillah.
'Jika kita berkahwin atas dasar cinta, itu terkandung di dalamnya mawaddah antara suami kepada isterinya atau sebaliknya. Tetapi, jika perkahwinan atas dasar tiada cinta, maka disitu letaknya peranan 'rahmah'. kasihan kepada isteri. Apa yang menjadi pengukuh kuat sebuah rumahtangga yang tidak terbina pada permulaannya dengan unsur cinta adalah pasangan yang beragama dan bertaqwa.

Jika dia cinta dia akan menjaganya, tetapi jika dia tidak cinta dia tidak akan mezaliminya.

Justeru, berapa banyak keluarga yang runtuh walaupun pernikahan didasari dengan cinta, tetapi akhlak dan agama dipandang rendah dan diletak tepi.

Sesungguhnya jiwa masih menyelami dan memahami beberapa orang yang ahli tentang hal-hal kekeluargaan. Terutama bagi yang cuba mencari bahagia di dalam rumahtangga.

Ustaz Pahrol memberi pesan: "Janganlah kita mencari bahagia di dalam rumahtangga, tetapi bawalah bahagia di dalam rumahtangga".

Betapa ramai manusia yang hidup sendiri dan merasa tidak bahagia menganggap bahawa jika dia berkahwin dia akan bahagia, tetapi apabila berkahwin kehidupan tidak seindah yang dia sangka. Kerana itu, carilah bahagia itu dahulu, bahagiakan diri kita dahulu, kemudian bawa kebahagiaan itu di dalam rumahtangga.

MasyaAllah. Moga Allah merahmati insan-insan yang tak jemu memberi buah nasihat dan bicara. Yang ada di jiwa hanyalah sebuah keyakinan, hidup ini bukan semata kerana untuk kahwin, bukan semata untuk ada suami, tetapi lebih utama dan jauh dari itu adalah bagaimana pengakhiran kita nanti.

Perkahwinan itu hanyalah wasilah, mempunyai suami itu hanyalah wasilah yang tidak kurang hebatnya jika seorang isteri itu taat kepada suaminya, tetapi itu bukanlah satu2nya cara lalu menidakkan wasilah-wasilah lain untuk mencari redha Allah. Saya terima pandangan manusia yang menyempitkan ruang keredhaan dan pahala yang Alla kurniakan buat seorang wanita, tetapi jangan memandang remeh kepada wanita yang juhud mencari ilmu, yang berusaha menjaga kesucian dirinya, yang cuba menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Dia belum bertemu jodohnya, mungkin jodohnya Allah tangguhkan di syurga kelak dan itu yang dia yakini tanpa menghilangkan nilai sebuah usaha.

Hormati hati dan perasaan manusia lain. Tetapi jika orang lain tak mahu atau jahil menjaga perasaan kita, maka kitalah yang perlu bersabar dan menutup telinga dari mendengar bicara manusia seperti itu. Allah sudah cukup untuk kita. Cukup dan cukup.

No comments:

Post a Comment