Pages

Monday, October 22, 2012

Kehilangan Itu Tarbiyyah




Kerap mendengar bait-bait lagu Maher Zain, 'So Soon'. Cuba menangkap butir makna lirik tersebut. Dan bila saya memahami maksudnya, airmata saya meluruh. Lirik yang meruntun hati sendiri setelah merasai perpisahan. Perpisahan yang sifatnya sementara dan selama-lamanya. 

Sungguh kita perlu percaya, yakin dan kuat untuk terus berjalan di atas jalan takdirnya. Saya teringat almarhum ayah, menhadapi sebuah kehilangan bukan perkara mudah. Sebelum saya merasai kehilangan almarhum ayah, saya sudah ditarbiyyah oleh Allah dengan cubaan kehilangan manusia-manusia yang mengikat hatinya dan hati ini dengan sebuah janji.  Dalam jatuh dan lemah menerima kehilangan itu, saya cuba membina yakin dan sabar serta belajar untuk bersangka baik dengan ketentuannya. 

Jikalah Allah tidak pernah uji saya dengan kehilangan kecil itu, bagaimana saya hendak menghadapi kehilangan yang besar bagi saya, iaitu kehilangan dan pemergian seorang ayah. Ayah, satu-satunya lelaki yang saya kira tidak sanggup menyakiti hati saya sepertimana lelaki yang pernah menyakiti hati ini berulang kali, yang sengaja menyentuh hati kita dalam tempoh yang lama dan kemudian beralasan tidak bersedia. Walaupun jiwa terluka, namun pasti Allah ada rancangan yang terbaik untuk kita. 

Apapun, Allah Maha Tahu apa yang terbaik. Sesungguhnya kehilangan itu adalah tarbiyyah atau didikan terus dari Allah SWT buat kita secara paksa. Mungkin hanya dengan paksaan inilah, hati kita yang pernah jatuh ke daerah lalai akan bangkit keluar darinya ke daerah sedar beragama. Alhamdulillah a'la kulli hal.

Allah.. ampuni aku yang kerap mengeluh. 
Terima kasih di atas teguran melalui ujian-Mu. 
Aku sedang belajar untuk mencintai-Mu dengan setia
walau aku tahu jiwa aku mudah rapuh. 
Kuatkan aku dengan sangka baik dan kepercayaan yang utuh pada janji-Mu
Bahawa syurga itu untuk manusia yang sabar dan kuat mujahadahnya.
Jadikan aku dari mereka. 
Ameen Ya Allah.
.................................
So Soon
by: Maher Zain

Every time I close my eyes I see you in front of me
I still can hear your voice calling out my name
And I remember all the stories you told me
I miss the time you were around (x2)
But I’m so grateful for every moment I spent with you
‘Cause I know life won’t last forever

You went so soon, so soon
You left so soon, so soon
I have to move on ’cause I know it’s been too long
I’ve got to stop the tears, keep my faith and be strong
I’ll try to take it all, even though it’s so hard
I see you in my dreams but when I wake up you are gone
Gone so soon

Night and day, I still feel you are close to me
And I remember you in every prayer that I make
Every single day may you be shaded by His mercy
But life is not the same, and it will never be the same
But I’m so thankful for every memory I shared with you
‘Cause I know this life is not forever

There were days when I had no strength to go on
I felt so weak and I just couldn’t help asking: “Why?”
But I got through all the pain when I truly accepted
That to God we all belong, and to Him we’ll return, ooh

Wednesday, October 17, 2012

Kerana Aku Yang Bersalah



Kadang-kadang airmata sendiri luruh
Kerana apabila hati lemah kerana diuji sebuah kehilangan
Aku tidak mampu yakin dan sedar
Akan kehadiran manusia-manusia lain yang menyayangi aku
Aku tak mampu untuk terus berdiri teguh dengan keyakinan
Bahawa apa yang Allah sedang ambil ketika ini
Adalah hak Allah
Bahawa apa yang Allah luputkan dari aku
Akan Allah ganti dengan yang lebih baik

Kadang-kadang langkah kaki ini patah
Bukan kerana halangan di hadapan
Tetapi kerana patahnya juga sebuah keyakinan
Bahawa Allah sedang ambil kita kembali dari daerah yang melalaikan
Aku terlupa akan itu

Mungkin kesilapan itu bukan pada dia yang menyakiti hati ini
Tetapi adalah kelemahan aku sendiri
Yang tidak membina benteng yang kuat untuk menahan ribut ujian
Ya Ilahi
Ampuni aku
Ampunilah hamba-Mu

Bantu aku ke daerah sana
Daerah yang Engkau cinta
Dan membuat jiwa aku tenang dengan rahmat-Mu
ameen ya Rabb

Thursday, October 11, 2012

Bawa Bahagia

"Rumahtangga itu bukan semata-mata cinta, tetapi acceptance (penerimaan)"

SubhanaAllah. kata-kata ustazah Isfadiah, pensyarah di matrikulasi UIAM itu menekan jiwa saya. Dikukuhkan dengan kisah permulaan rumahtangganya yang tiada 'perasaan' lantaran itu adalah pilihan ibuayahnya. Sedangkan yang dia pilih, perlu dijauhkan dan diputuskan lerai dari hidupnya.

Ada manusia berkata: "Bagaimana hendak berkahwin jika tiada cinta. Mahukah berpisah dan bercerai selepas berlaku pernikahan?".

Allah.. Ketika perkara sebegini hinggap di dalam jiwa saya, saya lalu berfikir adakah berkahwin itu disandarkan atas dasar cinta? Adakah cinta semata-mata boleh menjamin kerukunan rumahtangga?

Ya, tidak dapat dinafikan, membina rumahtangga tanpa cinta ibarat tanaman yang ditanam tetapi tidak disirami air. Tetapi, bukankah air itu boleh dicari. Tanaman itu boleh dibaja. Begitu juga rumahtangga yang dbina atas dasar 'pilihan ibubapa'.

Saya tertarik kepada satu pengisian oleh ustaz Ubaidillah.
'Jika kita berkahwin atas dasar cinta, itu terkandung di dalamnya mawaddah antara suami kepada isterinya atau sebaliknya. Tetapi, jika perkahwinan atas dasar tiada cinta, maka disitu letaknya peranan 'rahmah'. kasihan kepada isteri. Apa yang menjadi pengukuh kuat sebuah rumahtangga yang tidak terbina pada permulaannya dengan unsur cinta adalah pasangan yang beragama dan bertaqwa.

Jika dia cinta dia akan menjaganya, tetapi jika dia tidak cinta dia tidak akan mezaliminya.

Justeru, berapa banyak keluarga yang runtuh walaupun pernikahan didasari dengan cinta, tetapi akhlak dan agama dipandang rendah dan diletak tepi.

Sesungguhnya jiwa masih menyelami dan memahami beberapa orang yang ahli tentang hal-hal kekeluargaan. Terutama bagi yang cuba mencari bahagia di dalam rumahtangga.

Ustaz Pahrol memberi pesan: "Janganlah kita mencari bahagia di dalam rumahtangga, tetapi bawalah bahagia di dalam rumahtangga".

Betapa ramai manusia yang hidup sendiri dan merasa tidak bahagia menganggap bahawa jika dia berkahwin dia akan bahagia, tetapi apabila berkahwin kehidupan tidak seindah yang dia sangka. Kerana itu, carilah bahagia itu dahulu, bahagiakan diri kita dahulu, kemudian bawa kebahagiaan itu di dalam rumahtangga.

MasyaAllah. Moga Allah merahmati insan-insan yang tak jemu memberi buah nasihat dan bicara. Yang ada di jiwa hanyalah sebuah keyakinan, hidup ini bukan semata kerana untuk kahwin, bukan semata untuk ada suami, tetapi lebih utama dan jauh dari itu adalah bagaimana pengakhiran kita nanti.

Perkahwinan itu hanyalah wasilah, mempunyai suami itu hanyalah wasilah yang tidak kurang hebatnya jika seorang isteri itu taat kepada suaminya, tetapi itu bukanlah satu2nya cara lalu menidakkan wasilah-wasilah lain untuk mencari redha Allah. Saya terima pandangan manusia yang menyempitkan ruang keredhaan dan pahala yang Alla kurniakan buat seorang wanita, tetapi jangan memandang remeh kepada wanita yang juhud mencari ilmu, yang berusaha menjaga kesucian dirinya, yang cuba menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Dia belum bertemu jodohnya, mungkin jodohnya Allah tangguhkan di syurga kelak dan itu yang dia yakini tanpa menghilangkan nilai sebuah usaha.

Hormati hati dan perasaan manusia lain. Tetapi jika orang lain tak mahu atau jahil menjaga perasaan kita, maka kitalah yang perlu bersabar dan menutup telinga dari mendengar bicara manusia seperti itu. Allah sudah cukup untuk kita. Cukup dan cukup.

Friday, October 5, 2012

Puisi: Saat Hati Rapuh


Saat hatimu rapuh
Dan airmatamu meluruh
Tundukkanlah jiwamu
Rendahkanlah hatimu
Adulah pada Tuhan-mu

Sungguh ujian yang datang
Nyata buat menghapus dosamu
Mengurangkan jarak
Antara dirimu dengan Tuhan
Menumbuhkan taat
Dan membukti rindu Tuhan
Akan rintihanmu yang telah lama sunyi
Sesungguhnya Allah rindukan kamu

Kesatlah airmatamu
Ukirlah senyummu
Kuatkan jiwamu
Lapangkan hatimu
Berjalanlah di atas jalan takdirnya
Dengan sangkaan yang baik kepada Allah

Dengan izin Allah
Pasti pelangi akan terukir indah
Setelah hujan reda
Dan mentari pun menyumbang sinarnya
.................................................................................

Nukilan: Wardah almisk
Gambar: kredit kepada Mashitah Wahab

Wednesday, October 3, 2012

Bila Jiwa Teruji




"Jika kamu tidak mahu hati kamu merasa terus disakiti, berhenti serahkan hati kamu kepada dunia"~ Yasmin Mogahed

Saya tenung kata-kata ini dalam-dalam saat saya jatuh dan lemah dengan berita yang meluruhkan airmata saya. Saat saya hilang punca, saat saya terlalu emosi, saya renung dan baca semula kata-kata yang saya nukil sendiri di status-status FB sendiri. Bukan untuk menunjuk diri kuat, tetapi itulah cara saya untuk memujuk diri. Mudah-mudahan, tika ada manusia yang sedang melewati beratnya ujian, walaupun ujian setiap manusia itu berbeza, moga ia memberi sedikit kelapangan di jiwa yang membaca.

Puas dipujuk jiwa yang merasa kehilangan sekian lama, saya ingin mencari pelangi. Pelangi yang bisa membuat saya tersenyum kembali. Saya yakin ia ada. Cuma mungkin hujan belum lagi reda, dan matahari belum menampakkan sinarnya. Diri akur dengan ketentuan Tuhan.

"Rupanya saya belum redha agaknya."

Entah kenapa, hanya ayat ini terpacul dari mulut saya untuk diberi di depan sahabat saya. Sudah berbulan-bulan, perkara itu tetap kekal di ingatan saya. Rasa terlalu berdosa, rasa terlalu hina di depan Rabb. Sedang dalam masa yang sama, kenapa jiwa masih menyesali akan hilangnya sesuatu.

"Wardah.. ganti dengan yang lebih baik." Hati kata sendiri memujuk.

Sudah beratus kali, dan entah jika dibilang dengan kiraan, saya sendiri tidak tahu sudah kali keberapa dan bagaimana lagi untuk membuang semua itu. Membuang sesuatu yang bukan diciptakan untuk saya barangkali. Lalu menerima dengan lapang hati akan ketentuan takdir-Nya.

'Allah sedang mendidik kamu erti sabar. Sabar dalam penantian. Dalam jatuh dan salah langkah kamu di masa lalu, sesungguhnya itu ada hikmahnya. Hikmah agar kamu tidak merasa diri kamu lebih baik dari orang lain. Tidak merasa diri kamu tidak pernah berdosa dan sombong dengan kebaikan-kebaikan yang kamu sudah perbuat'

Ya Ilahi.. Jiwa tersentak.
Kuatkan jiwa ini ya Allah. Bantu aku untuk pergi ke sebuah daerah baru yang bisa membuatkan aku lupa akan masa lalu. Kurniakan untukku sesuatu yang lebih baik lagi dari apa yang telah luput dan pergi dari hidupku.. Allahumma ameen