Saat saya sendiri, saat saya teringat masa-masa lalu yang
terhabis tanpa ketaatan, saya selalu teringat bait-bait lirik sebuah nasyid. Seakan
saya yang terisi di dalam kisah bait tersebut.
Tundukku malu di depan-Mu
Kerna ku insan berdosa
Kuadukan sesalanku
Apakah kan Kau terima
Kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
Tinggalkan semalam yang nanar
Lantas meratap ingatanku pada sempurna-Mu
Terpaut aku tak berpaling
Ku bersyukur hanya pada-Mu Tuhan
Kau tunjukkan laluanku pulang
Dan cinta-Mu bagai air di tandus sahara
Buatku melepaskan dahaga
Surutan cahaya menerangi langkahku
Sedangkan segala kiasan indah cinta-Mu
Ku mohon Kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
Bimbang kau singkirkan taubatku
Kurayu kau hulurkan keampunan-Mu padaku
Telahku zalimi diriku
Janjiku pada-Mu abdikan seluruh jiwa
Sehingga masanya Kau seru hujung nyawa
Tak kutemu dimanakah hentinya
Rayuan taubatku pada-Mu
~ (Jalan Pulangku: UNIC)
Saya selalu menangis menghayati bait lirik ini kerana apa
yang saya rasakan adalah sama seperti apa yang terkandung di dalamnya.
Jatuh ditempat yang tinggi, itu tersangatlah menyakitkan. Apatah
lagi jatuh di tempat yang sama, berulang-ulang kali. Sehingga ada satu rasa
dalam lubuk hati sendiri: Ya Allah, Kau terimakah taubatku. Sudah berulang kali
ku kembali pada-Mu tetapi berulang kali juga aku kembali jauh pada-Mu
Astaghfirullah. Tatkala menyuarakan rasa hati kepada
sahabat, sahabat berkata: “Jangan putus asa untuk tidak berdosa. Mujahadahlah.”
Dan saya cuba untuk terus bermujahadah. Kerana jiwa saya
yang lemah, sudah tidak kuat. Sudah tidak utuh seperti dahulu. Allah..
Dan seketika ini, jiwa masih berperang dengan rasa hati.
Allah… Bantulah aku untuk taat kepada-Mu
Untuk lebih memilih apa yang kekal dari yang sementara
Bukanlah aku sedih kerana kekecewaan dengan sebuah
perpisahan
Tetapi aku sedih kerana aku tidak mampu meraih cinta-Mu
Cinta yang akan membawaku ke tempat yang lebih kekal…
Kerana itu
Aku tidak lain hanya ingin meminta
Dengan sungguh-sungguh ya Allah
Kurniakan aku hati yang baru
Hati yang hidup
Hati yang penuh cinta dan rindu hanya kepada-Mu..
Ameen
No comments:
Post a Comment