Bismillahirrahmanirrahim
Ada sesuatu yang hendak saya kongsikan selepas melihat satu pengisian oleh Dahlia Mogahed berkaitan dengan bagaimana Rasululullah Sallallahu a'laihi wa sallam berhadapan dengan isterinya, Sayyidatina A'ishah Radiyallahu a'nha ketika peristiwa 'hadithatul ifk' (peristiwa tersebarnya fitnah zina terhadap Aishah Radiyallahu a'nha oleh golongan yang memusuhi Baginda).
Rasulullah punyai banyak sahabat, tetapi tidak kurang juga ramai yang memusuhi Baginda. Hatta dalam soal rumahtangga Baginda juga dilanda fitnah yang besar.
Apabila Rasulullah Sallallahu a'laihi wa sallam mendengar berita fitnah tersebut, Baginda pulang bertemu Aishah Radiyallahu anha dan berkata: "Sekiranya berita itu benar, maka bertaubatlah kepada Allah dan minta ampun kepada-Nya. Sekiranya ia tidak benar, maka Allah akan menurunkan wahyu-Nya bagi membersih kamu".
Kita lihat bagaimana Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam begitu mengambil berat dan bersikap baik dengan Aishah. Secara biasanya, apabila seorang suami mendengar berita yang bukan-bukan berkenaan isterinya, pasti dia akan marah dan akan berkata: "aku ceraikan kau", "Bagaimana kamu boleh lakukan semua ini?".
Tetapi Rasulullah Sallallahu a'laihi wa sallam tidak begitu. Rasulullah Sallallahu a'laihi wa sallam tidak fokus kepada diri Baginda yang baik, soleh dan menjaga akhlak tetapi Rasulullah Sallallahu a'laihi wa sallam fokus kepada diri Aisyah Radiyallahu anha, fokus kepada agamanya, bagaimana ibadahnya kepada Allah SWT.
SubhanAllah. Beginilah suri teladan kita, kekasih Allah SWT.
Untuk melewati badai kita harus terus berjalan, bukannya berhenti.. Dan untuk terus berjalan hanya ada dua hal yang harus kita terus bawa: Keyakinan dan Cinta..
Saturday, June 30, 2012
Sunday, June 24, 2012
Suatu pemergian
Suatu pemergian untuk selama-lamanya.. Ayahanda tercinta telah pulang ke Rahmatullah pada 21 Jun 2012 jam 10.30 malam. Kita merancang, dan Allah sebaik-baik perancang.
Khamis tengahari, menelefon emak. Bertanyakan khabar ayah. Emak beritahu, semalam (rabu) ayah tiba-tiba demam panas, tak nak makan hanya minum susu, tidak larat berjalan hingga perlu dipapah. Hati sudah tidak merasa enak. Dengar suara emak seperti sebak.
Petangnya, abang bawa ayah ke klinik. Doktor minta ayah dibawa ke hospital, tetapi ayah tidak mahu. Saya bertanyakan abang tentang ayah. Abang telefon dan meminta saya pulang. Rancang untuk pulang ke kampung pagi jumaat kerana abang2 yang lain sudah pulang terlebih dahulu. Hati sudah merasa seakan ayah akan pulang kepada Allah, tetapi saya segera tepis rasa itu.
Hampir hendak menitis airmata. Kebetulan berpuasa, dan dua orang sahabat datang ke bilik untuk berbuka bersama, alhamdulillah kurang sedikit kerisauan. Namun ia tidak hilang.
Jam hampir 11.20 malam, dan saya sudah hendak masuk tidur. Abang telefon beritahu minta saya siap-siap. Khabarnya ayah sudah teruk, mungkin tak sempat untuk balik esok. Saya bingkas mengemas pakaian. Hampir jam 12 malam abang sampai ke uia dan kami terus pulang.
Sepanjang jalan yang gelap, saya hanya termenung. Entah kenapa saya merasa ayah sudah pergi. Tetapi tiada siapa yang khabarkan begitu. Dilanda risau yang sangat. Allahu Allah..
Hampir jam 2.35 pagi, kami sampai ke rumah. Turun dari kereta, lihat rumah bawah tempat ayah berbaring, bilik dilimpahi cahaya lampu. Terdengar suara abang-abang membaca al-Quran. Dan yang saya temui adalah along saya. Along beritahu ayah sudah tiada.
Saya salah dengar kah? ketika itu mata saya belum mengalirkan tangis, belum percaya apa yang didengar. Kak long suruh masuk, tengok ayah. Saya, abang dan k long masuk, hanya ada sekujur tubuh ayah yang kurus. Ditutup dengan kain batik lepas.
Kak Long membuka kain yang menutupi muka almarhum ayah. Sejurus itu, saya terus menangis. Ya Allah, ayah yang selama ini saya nampak berjalan kini sudah diam kaku. Ayah sudah diambil pemiliknya kembali. Tangan dan muka ayah sudah kian sejuk.
3bulan lalu, ayah diserang demam panas. Hampir 2minggu. Saya pulang dan ketika itu ayah sudah hampir pulih. Cuma sahaja perut ayah semakin membesar. Tidak tahu kenapa, ayah kata angin tetapi tidak sakit. Bawa ke klinik, hanya diberi ubat angin.
Pertengahan bulan 5, ayah sudah semakin teruk, kaki membengkak, perut semakin membusung, makan sudah tidak boleh masuk. Lalu kami meminta abang yang menetap di kampung untuk bawa ayah ke klinik. Doktor nasihatkan untuk bawa kepada pakar di Ipoh. 2hari kemudian, dapat laporan doktor dan ayah dimasukkan ke hostpital teluk intan kerana disyaki menghidap Hepatitis B.
Alhamdulillah, selepas menjalani rawatan, ayah semakin pulih. Perut yang membesar disebabkan air yang terkumpul dapat dikeluarkan. Makan sudah boleh. Alhamdulillah, 4hari kemudian ayah sudah dibenarkan pulang.
seminggu selepas itu, saya pulang semua ke rumah. Sengaja menemankan emak dan ayah. Membantu apa yang patut. Namun tuntutan pelajar memerlukan saya untuk pulang ke uia. 2minggu di kampung, lihat sayah begitu lagi. Banyak masanya terbaring. Kadang-kadang batuk.
Saya tidak pandai bertanya banyak pada ayah, mungkin kerana anak bongsu kurang sedikit bermanja dengan ayah. Namun saya tahu, ayah sebenarnya tahu saya sayangkannya. Walaupun sedih kehilangan, hidup ini perlu diteruskan, menambah bekal buat kehidupan selepas kematian kelak.
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

Tuesday, June 19, 2012
Leave Me (Poetry)
You are not mean for me
Like before you hurt my heart
Like before you hurt my heart
Now
I just have Allah
And all people around me
They love and care about me
To give me hope
To make me strong
To raise up my iman
It is not you
But Allah
If you want to leave me
Please leave me
And don't ever give me hope
And don't ever give me hope
It will hurt my heart again
And make my steps slowly towards Allah
If you really pity with me
Just leave me to Allah
For just He will take care of me
and He will love me truely
Just that
I'll not waiting for you
And I just leave you to Allah
To take care of you
and to love you
Sincerely,
My Heart
Monday, June 18, 2012
Ketenangan
Sudah jauh rupanya saya berjalan dalam kembara mencari hikmah kehidupan. Saat saya pernah jatuh dahulu, saya selalu bersangka buruk dengan Allah, selalu mempersoalkan kenapa saya, bukannya orang lain??? saya selalu tidak sabar dengan apa yang berlaku.
Setelah itu dan ketika itu, ada insan-insan yang memimpin tangan saya kembali untuk bangun, menjawab pertanyaan-pertanyaan saya sehingga membuatkan saya beristighfar meminta ampun dari Allah atas sikap buruk sangka saya kepada-Nya.
Puas menangis, puas mencari penawar, puas juga mencari ubat membalut luka jiwa, saya kembali bangkit mencari erti hidup. Erti hidup untuk menjadi hamba yang 'syakura' (banyak bersyukur).
Setelah saya kembali berjalan dengan hati yang sudah tertampal, dengan hiasan senyuman di bibir, dengan rasa redha atas apa yang berlaku, saya diuji lagi dan ia membuatkan saya jatuh sekali lagi. Dan kali ini ujian itu bukan hanya berupa kecewa, tetapi antara keinginan sendiri dan apa yang Allah suka. Saya harus memilih salah satunya.
Lalu dengan berat hati dan mata yang tidak berhenti-henti mengalirkan tangis, saya akur dengan apa yang Allah tentukan. Kerana hakikatnya apa yang saya mahu tidak langsung mengundang tenang di jiwa saya. Saya terus bangkit mencari hikmah itu sendiri. Bukan mudah, bukan sekejap.
Kini hampir setahun ia berlalu, dan walaupun diri saya ditinggalkan dan secara tidak langsung saya juga telah berusaha meninggalkan semua itu, sebenarnya ia menuntut mujahadah yang tidak pernah kenal penatnya. Ujian sampingan yang begitu berat membuatkan jiwa saya semakin dihiris-hiris.
Dan sampai satu ketika, jiwa saya mula bangkit dan berkata:
'Jangan toleh masa lalu. Apa yang kamu harapkan tidak memberikan kamu ketenangan. Justeru sekarang ini ternyata apa yang Allah mahu dan apa yang Allah suka itu memberikan kamu ketenangan'
Alhamdulillah. terima kasih ya Allah kerana masih sudi meminjamkan aku ketenangan. Ketenangan yang membuat jiwaku damai dari rasa berdosa.
Ya Allah. Kuatkan jiwaku ini dengan janji-Mu. Bekalkan aku dengan taqwa. Dan berikanku teman-teman yang selalu mengingatkanku untuk selalu mengharap pada-Mu, untuk dekat dengan-Mu.. Allahumma ameen

Thursday, June 14, 2012
Dalam Mihrab Cinta
Demi cinta ku pergi
Tinggalkanmu relakanmu
Untuk cinta tak pernah
Ku sesali saat ini
Ku alami ku lewati
Suatu saat ku kan kembali
Sungguh sebelum aku mati
Dalam mihrab cinta kuberdoa pada-Nya
Kerna cinta kuikhlaskan
Segalanya kepadanya
Untuk cinta tak pernah
Ku sesali saat ini
Ku alami ku lewati
Suatu saat ku kan kembali
Sungguh sebelum aku mati
Dalam mihrab cinta ku berdoa semoga
Suatu hari kau kan mengerti
Siapa yang paling mencintai
Dalam mihrab cinta ku berdoa pada-Nya
Semoga
Semoga
~ Dalam Mihrab Cinta (Afgan)
:: Saat untuk melepaskan semuanya pergi
Sungguh melupakan sesuatu itu tidak mudah
Tetapi kita boleh berusaha melupakannya
Moga suatu saat nanti
Dia akan mengerti..

Sunday, June 10, 2012
Jatuh
Saat saya sendiri, saat saya teringat masa-masa lalu yang
terhabis tanpa ketaatan, saya selalu teringat bait-bait lirik sebuah nasyid. Seakan
saya yang terisi di dalam kisah bait tersebut.
Tundukku malu di depan-Mu
Kerna ku insan berdosa
Kuadukan sesalanku
Apakah kan Kau terima
Kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
Tinggalkan semalam yang nanar
Lantas meratap ingatanku pada sempurna-Mu
Terpaut aku tak berpaling
Ku bersyukur hanya pada-Mu Tuhan
Kau tunjukkan laluanku pulang
Dan cinta-Mu bagai air di tandus sahara
Buatku melepaskan dahaga
Surutan cahaya menerangi langkahku
Sedangkan segala kiasan indah cinta-Mu
Ku mohon Kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
Bimbang kau singkirkan taubatku
Kurayu kau hulurkan keampunan-Mu padaku
Telahku zalimi diriku
Janjiku pada-Mu abdikan seluruh jiwa
Sehingga masanya Kau seru hujung nyawa
Tak kutemu dimanakah hentinya
Rayuan taubatku pada-Mu
~ (Jalan Pulangku: UNIC)
Saya selalu menangis menghayati bait lirik ini kerana apa
yang saya rasakan adalah sama seperti apa yang terkandung di dalamnya.
Jatuh ditempat yang tinggi, itu tersangatlah menyakitkan. Apatah
lagi jatuh di tempat yang sama, berulang-ulang kali. Sehingga ada satu rasa
dalam lubuk hati sendiri: Ya Allah, Kau terimakah taubatku. Sudah berulang kali
ku kembali pada-Mu tetapi berulang kali juga aku kembali jauh pada-Mu
Astaghfirullah. Tatkala menyuarakan rasa hati kepada
sahabat, sahabat berkata: “Jangan putus asa untuk tidak berdosa. Mujahadahlah.”
Dan saya cuba untuk terus bermujahadah. Kerana jiwa saya
yang lemah, sudah tidak kuat. Sudah tidak utuh seperti dahulu. Allah..
Dan seketika ini, jiwa masih berperang dengan rasa hati.
Allah… Bantulah aku untuk taat kepada-Mu
Untuk lebih memilih apa yang kekal dari yang sementara
Bukanlah aku sedih kerana kekecewaan dengan sebuah
perpisahan
Tetapi aku sedih kerana aku tidak mampu meraih cinta-Mu
Cinta yang akan membawaku ke tempat yang lebih kekal…
Kerana itu
Aku tidak lain hanya ingin meminta
Dengan sungguh-sungguh ya Allah
Kurniakan aku hati yang baru
Hati yang hidup
Hati yang penuh cinta dan rindu hanya kepada-Mu..
Ameen
Sunday, June 3, 2012
Puisi: Lepaskan Harapan
Dalam kekuranganku
Dalam kelemahanku
Untuk itu
Aku tahu tentang diriku
Dan ternyata aku tidak mampu membawamu
Untuk menuju redha Yang Satu
Dan aku melepaskan sesuatu
Berupa harapan padamu
Jika itu membahagiakanmu
Dan ternyata akan membuatmu senyum
Dan kuletakkan harapan itu
Kembali kepada-Nya
Kerna kupercaya
Tuhan tidakkan mensia-siakan kepercayaan kita
Dan berikan apa yang Dia cinta untuk kita
Moga ada musim bunga
Yang memekarkan cinta
Tersemai dengan sebuah kesabaran dan redha...
~ wardah almisk
Subscribe to:
Posts (Atom)