Untuk melewati badai kita harus terus berjalan, bukannya berhenti.. Dan untuk terus berjalan hanya ada dua hal yang harus kita terus bawa: Keyakinan dan Cinta..
Saturday, March 2, 2013
Soal itu Lagi
"Ustazah, Darwisy tanya. Ustazah dah kahwin ke?"
Satu kelas pecah ketawa.
Dan saya yang sedang berdiri di depan kelas menunggu pelajar-pelajar siap menyalin memandang budak yang bertanya.
"Ish, mana ada ustazah."
Pelajar yang cuba mengusik saya mengelak.
Dan saya yang tidak berapa sihat lagi terpecah sedikit ketawa.
"Kamu ni sibuk je kan? Penting sangat ke?"
Seorang pelajar lagi menjawab, "Penting ustazah, nanti dia nak pergi kenduri kahwin ustazah".
Malas saya nak melayan. Saya diam dan senyum sahaja.
"Ustazah dah ada pakwe?"
"Kamu ni...."
"Ustazah dan ada tunang? Bakal.."
Huhu.. Berhentilah. Mahu sahaja saya jerit. Tapi mereka budak-budak yang masih mahu teransit ke alam dewasa. Tidak tahu bertanya sambil meraikan emosi kita.
Walaupun soalan yang sama bertubi-tubi datang, dari yang kecik ke yang besar, dari yang tua ke muda, kita masih di sini. Dengan status kita yang belum bertukar.
Harus saya ingatkan semula. Jika jodoh itu di tangan kita, mengikut apa yang kita rasa baik dan okay untuk kita, maka tak kisah jika soalan seperti 'Bila nak kahwin' itu selalu ditanya.
Tetapi jodoh itu dari Allah. Kita usaha dan doa. Tapi kalau Allah kata belum sampai masanya, atau memang kita tak jumpa jodoh kita kat dunia. Maka apa lagi yang perlu kita jawab.
Memang hidup bukan semata-mata nak ada pasangan. Sebab saya kira, berapa ramai suami yang nak membuang isterinya, dan berapa ramai isteri nak membuang suaminya. Dan kalaulah manusia itu boleh gembira, bahagia, tenang dan aman hanya dengan berkahwin, maka mengapa masih ada lagi rumahtangga yang tidak bahagia, tidak aman dan tidak gembira.
Nyata, sesungguhnya iman itu yang menjamin segalanya. Hidup bersendirian kalau ada iman, akan menambat bahagia. Asal sahaja tidak menafikan tuntutan berkahwin. Tetapi kita kena hormati sebab mengapa orang tertentu tidak berkahwin. Kita semua hidup tidak sama, jalan berbeza. Dan kita tidak boleh samakan sebab kita dan sebab mereka.
Moga Allah sabarkan hati kita dalam melewati hidup dengan manusia-manusia yang bermacam-macam ragam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamu'alaikum ukhti.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan. Terima kasih kerana berkongsi kisah tersebut. Allah memang akan sentiasa uji hambanya. Kadang-kadang kita akan mendapat kekuatan bila kita mendengar kisah orang lain.
Saya ingin berkongsi kisah. Mungkin ini salah satu kisah dari yang banyak di luar sana. Saya ada kenalan yang sangat aktif dakwah, dia berkahwin dengan pasangan yang aktif dakwah juga. Mereka berkahwin sewaktu berumur 22 tahun dan mereka menuntut di luar negara. Pasangan yang serasi, si lelaki tu memang hensem dan wanitanya cantik.
Tetapi selepas hanya 9 bulan berkahwin, mereka bercerai. Sangat menyedihkan. Apa yang lagi menyedihkan ialah mereka perlu membawa kes tersebut ke mahkamah dan sebagainya. Lelaki tersebut merupakan kenalan saya. Saya tidak suka masuk campur dan ambik kesah hal ehwal peribadi orang. Wanita tersebut 2 tahun kemudiannya berkahwin dengan lelaki dan Alhamdulillah mereka bahagia hingga sekarang.
Saya sangat sedih dan bersimpati dengan kenalan tersebut, disebabkan penceraian tersebut. Beliau terpaksa pergi ke kaunseling dan terpaksa mengambil banyak jenis rawatan untuk mengubati emosinya yang sangat terganggu. Hingga kini beliau masih lagi mengambil rawatan tersebut dan semakin pulih. Dan beliau masih lagi single walaupun dah bercerai beberapa tahun yang lepas.
Sahabat tersebut memberikan nasihat dengan berkata janganlah kahwin jika diri sendiri tidak bersedia, hanya menempah binasa. Beliau menceritakan bahawa naqib beliau tidak menggalakkan perkahwinan tersebut tetapi beliau berkahwin juga.
Kesimpulan yang saya nak sampaikan di sini, jangan kita fikir bahawa perkahwinan itu ialah perkara yang perlu dibuat pasa usia2 tertentu. Jika Allah dah tetapkan jodoh kita lambat, maka bersabar dan terimalah ketetapan Allah. Berkahwin awal tidak semestinya memberikan kebahagiaan.
Kerana apa yang penting ialah, hubungan kita dengan Allah. Adakah selepas berkahwin, kita masih menjaga tahajud kita? masih menjaga bacaan quran kita? masih menuntut ilmu dan pergi ke kuliah? ataupun selepas berkahwin, ibadah kita kepada Allah berkurang?
Saya harap perkongsian saya ni dapat memberikan kekuatan kepada ukhti. Jangan berhenti berusaha, berdoa kepada Allah untuk memberikan jodoh pada masa yang tepat dan terbaik untuk ukhti.
Assalamu'alaikum.
Wsalam.. Saya tidak tahu anda siapa tapi anda berhak menulis dan memberi kata dua nasihat. Sesungguhnya saya juga sudah mendengar sekian banyak kisah rumahtangga. Walupun perkahwinan itu merupakan ladang pahala, tapi bagi saya cukuplah untuk saya katakan bahawa jalan untuk ke syurga sgt luas.
ReplyDeleteUntuk apa yg pernah saya lalui, walaupun ia terlalu buat saya jatuh tersungkur, saya bersyukur sebab Allah keluarkan saya dari masalah yg terlalu berat itu. Dan alhamdulillah semua yang berlaku beri saya kekuatan untuk terus hidup dan mencari bahagia.
Apa yg sy tuliskan di blog ini hanya sedikit luahan, bukan untuk mengeluh. Tp Allah cipta hati manusia utk didengari.
A'la kulli hal. Terima kasih utk perkongsian. Dan terima kasih atas doanya. Wa iyyakum khayra