“Anti semester last ke?”
“Tak ustaz, ada lagi satu semester insyaAllah”.
Seusai imtihan syafawi, ustaz bertanya saya soalan tersebut. Familiar benar soalan itu untuk saya dan sahabat-sahabat seangkatan dengan saya. InsyaAllah ini tahun terakhir di UIAM demi mendapat segulung Ijazah. Tapi yang lebih penting dari itu sebenarnya adalah menutip mutiara-mutiara ilmu yang bertaburan di sini. Kesempatan yang tak boleh dilepaskan oleh sesiapa pun.
Dulu ketika mula menjejak di UIAM ini, seronok mendengar kakak-kakak sudah mahu ‘grad’ sedang diri ini termanggu-manggu menjadi sebahagian pelajar di CELPAD. Tahun pertama begitu menguji kesabaran. Bosan?? Itu sudah tidak dihiraukan, hanya kerana terpaksa menjadi sebahagian pelajar di CELPAD.
Namun di sebalik nama CELPAD atau dikenali sebagai Pusat bahasa, saya bersyukur kerana ditakdirkan untuk menjadi sebagai penghuni walaupun hanya dalam tempoh setahun. Di sana, saya mengenali dan belajar banyak perkara. Di sana saya belajar erti keyakinan dan perkenalan. Mengenal sahabat-sahabat yang sama perasaan dengan saya. Alhamdulillah..
Kini, setiap kali menjejak bangunan CELPAD, pasti saya teringat kepada guru bahasa arab kami. Ustaz pertama saya di UIAM iaitu Ustaz Abdul Halim bin Salleh. Beliau mengajar kami matapelajaran Bahasa Arab untuk Level2. Beliau banyak berjasa kepada kami. Sabar dan tekun mengajar kami tanpa lelah.
Naik dari satu semester ke semester semakin ramai lecturer yang saya kenali. Masing-masing punya perwatakan berbeza. Ada yang boleh buat saya kecut-perut, ada juga yang boleh buat saya tersenyum sahaja.
Sungguh saya sayang mahu tinggalkan semua ini. Tapi hakikatnya,
“Semua yang kamu sayang, pasti akan meninggalkan kamu suatu hari nanti”.
Saya mendapat kata-kata ini dari buku kisah hidup Hassan al-Banna. Saya kurang pasti ia hadith ataupun kata hikmah. Yang pasti itulah hakikat kehidupan. Saya pasti akan meninggalkan salah satu tempat yang saya kasihi ini.
Untuk menghargai jasa-jasa mereka, saya tiada apa yang mampu untuk diberi, melainkan hanya doa semoga Allah membalas dan melimpahkan keberkatan kepada semua pensyarah-pensyarah saya.
Selamat Tinggal uiam untuk tempoh 2minggu.. insyaAllah, jika diberi keizinan saya akan kembali lagi sebagai pelajar semester akhir di UIAM. BIIZNILLAH..
al-misk
'Haza Min Fadli Rabbi'
laman asal: jalan-sehala.blogspot.com
Manusia sering meninggalkan antara satu sama yang lain, tetapi manusia sudah biasa meninggalkan solat berjemaah, manusia sudah biasa meninggalkan amalan bersedekah, manusia sudah lama meninggalkan Apa yang diajarkan kepada mereka melalui al-quran dan sunnah, Hanya yang sedar dan ingin sedar sahaja akan berjaya untuk menatapnya. Bagi yang Ketinggalan di seru dengan penuh "Kasih Sayang" untuk kembali kepada Alam yang masih berdiri buat sememtara tanpa tiang dengan membumbungkan langit, serta memijak bumi yang terbentang bagai alas untuk mengumpul segala "bekalan" untuk menuju persimpangan "Syurga Atau Neraka".
ReplyDeleteSalam Mujahadah.
terima kasih akhi.. salam perjuangan juga..
ReplyDelete