Benarlah kata
orang, apabila kita mahu melupakan kesedihan, lakukan sesuatu yang membuatkan
hidup kita sibuk.
Seminggu yang
lalu, setiap pagi saya akan bersiap-siap bergegas ke perpustakaan, mencari
posisi terbaik untuk menulis tesis. Walaupun proposal saya belum dibincangkan
di peringkat fakulti, saya ambil keputusan untuk menulis sedikit demi sedikit. Ini
sahaja yang mampu saya lakukan saat melewati hari-hari yang berat.
Berat bagi saya,
mungkin tidak berat bagi orang lain. Allah uji hati ini berulang-ulang kali,
mungkin kerana hati ini belum kuat. Allah datangkan situasi yang tidak pernah
saya bayangkan untuk berada di dalamnya. Saya juga tidak pernah mahu untuk
mengenali insan yang sedang diuji juga dengan permasalahan hati yang sangat
berat, kerana ia menyangkut tentang soal kesetiaan.
Allahu Allah. Akhirnya,
saya kembali jatuh terseungkur. Sedih. Sedih memikirkan penerimaan hati ini
pada takdir, sedih memikirkan penerimaan orang setelah saya beritahu kekurangan
yang sedang menumpang di dalam diri ini.
Allah sahaja yang
tahu bagaimana saat kita menerima berita yang tidak kita mahu. Dan saat ini
kita tidak pernah sangka kita telah melewati hari-hari berat tersebut.
Ya Allah. Saya memang
hampir putus asa. Saya berjalan ke Popular, mencari buku yang boleh menembusi
ruang hati, menyembuhkan sedikit luka di hati. Kosong. Kosong hati ini perlu
diisi.
Saya mencapai
sebuah buku ‘Bersamamu di Firdaus’. Saat pertama kali saya menatap buku ini,
saya kira ia berkaitan soal rumahtangga. Ia selalu signifikan tentang cinta
suami isteri yang mahu ke syurga.
Ya. Ia menyentuh
aspek tersebut. Tetapi lebih daripada itu, ia menyentuh hati saya sendiri untuk
terus memikirkan tentang syurga Firdaus.
Jangan putus asa
mengejarnya. Baki-baki usia yang semakin singkat ini, andailah ada hati yang
terluka, syurga itu penawar yang sangat ampuh untuk kita.
Nabi ajarkan pada
kita, jika nak minta sesuatu mintalah sesuatu yang besar. Jika mahu minta
syurga, mintalah Syurga Firdaus.
Allahummarzuqna
al-Jannah fil firdaus al-a’la
No comments:
Post a Comment