Pages

Sunday, November 4, 2012

Alhamdulillah a'la Kulli hal

Seminggu berlalu, Allah beri nikmat. Kegembiraan demi kegembiraan.

Kegembiraan pertama adalah dapat pulang ke kampung. Jumpa emak yang sudah dua bulan tidak saya temukan tenang melalui wajah emak. Raya Aidiladha saya ambil kesempatan untuk bantu emak apa yang patut. Bantu masak walaupun saya tak pandai sangat memasak. Raya pertama, minta anak buah belikan aiskrim. makan aiskrim ramai-ramai dengan kakak, abang dan emak.

Alhamdulillah. Esok hendak pulang ke UIA, emak buatkan kuih yang kehabisan dek kerana dibungkus untuk kakak dan abang-abang. Mak kata: "Untung lagi kamu, mak buatkan kuih baru masak."

Ya, kuih siput, bahulu lapis dan peyek bilis. Terima kasih emak.

Kegembiraan kedua. Pulang ke UIA, keesokannya terus ke British Council untuk ambil keputusan IELTS. Hati berdebar, berhajat untuk dapat cukup-cukup untuk lepasi syarat untuk memohon biasiswa. Saya bersyukur ada sahabat yang sudi temankan saya ke sana. Terima kasih suraya. ^^
Bagi saya, jalan yang sangat saya takut dan tidak berani untuk bergerak sendiri adalah di Kuala Lumpur kecuali jika memang terpaksa dan hendak balik ke kampung.

Alhamdulillah. Keputusan yang saya dapat membuatkan senyuman saya terkoyak. Hanya kalimah alhamdulillah yang terkeluar. Tiada kalimah lain. Saya lulus. :)

Petangnya, ke WAQEC untuk ambil thesis yang sudah siap di binding. 6 Jilid kesemuanya. dan sebahagian wang harus dikeluarkan untuk dibayar. Agak banyak wang dikeluarkan untuk menyiapkan thesis. Apapun, rezeki itu dari Allah. Dan Allah yang akan beri dengan syarat kita usaha.

Jumpa dengan sahabat-sahabat di OFis Waqec, Hawa dan Atun. Mereka berdua yang nampak terlebih gembira pula dengan nikmat yang saya dapat. MasyaAllah. Dengan senang hati, saya belanja mereka aiskrim. (Rasa kelakar pula. Setiap kali gembira mesti nak belanja orang aiskrim). ^^

Yang penting. Sesungguhnya saya tak akan lalui kegembiraan ini jika Allah tidak izinkan dan mudahkan. Juga saya tidak akan rasai kemudahan ini melainkan dengan adanya doa-doa dari arah yang saya tidak tahu. Doa dari emak, dari sahabat2 yang baik.

Jazakumullahu khayr al jaza'.

Saya tiada apa, hanya ucapan ini moga Allah balas kalian dengan kebaikan berpanjangan. ameen ya Rabb.

Doakan urusan saya dipermudahkan. Urusan thesis saya, urusan untuk menyambung pengajian seterusnya, dan yang paling penting doakan urusan dunia dan akhirat saya dipermudahkan Allah.

Ameen ya Rabb

No comments:

Post a Comment